Monday, November 2, 2009

PLAT NOMBOR KERETA & NOMBOR-NOMBOR


Plat nombor kereta membawa keindahan tersendiri. Plat nombor yang membezakan kenderaan si A dan kenderaan si B. Ada orang beranggapan, ia tidak penting; tidak membawa apa-apa makna.

Memang begitu. Tetapi perkara ini kena belajar dahulu. Ustaz Bungsu (UiTM Sabah) memperkenalkan makna nombor kepada saya, walaupun nombor itu tidak membawa apa-apa tuah. Sekadar suka-suka.

Saya menempah nombor 313 untuk Unser, tetapi tidak dapat hanya dapat 413. Kalau dapat 313, berangan untuk saya letakkan 'Ahl Badr' seiring dengan jumlah tentera Badr bersama-sama Rasulullah s.a.w. Untuk kereta kedua; saya dapat nombor 9965; iaitu tarikh lahir sendiri. Hinggalah nombor telefon peribadi begitu juga..

Biasanya kereta-kereta besar menggunakan nombor terpilih. Rakan saya akhirnya dikenal sebagai Jaafar 13; kerana motor besarnya, rumahnya.. bernombor pilihan itu. Ustazah Aisyah menggunakan 1055; saya tanya kenapa? Kerana itulah nombor yang semua familinya pakai."Kami ada 10 orang adik beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan.' jelasnya lagi. Sahabat kita. si Ros 9696.. mungkin ada maknanya tersendiri.

Kemudian, kita baca pula pada huruf yang mengiringi plat kereta; Ada rakan kita yang pakai AGD (katanya; Aku Gadis D...., he he), kereta kancil comel di atas ni pakai JLL; maksudnya; Jangan Lambat-Lambat, Jalan Laju-Laju... Ataupun boleh dipositifkan maknanya; Jangan Laju-Laju; Jalan Lambat-Lambat... terpulanglah.. (Sori Kak Rina)

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,

sekadar nak kongsi, pun bukan percaya dengan nombor. Saya anak ke-8. Ic lama dan baru jika dijumlahkan jadi 8, nombor kedu2 kereta dan nombor rumah juga begitu.

Melihat Kesunyataan said...

Ustaz,
Dalam peperiksaan pun kita berharap nak dapat nombor satu. Tapi biasanya hanya seorang yang dapat.
Malaysia dapat nombor ke-39 dalam indek negara termakmur dalam dunia yang dikeluarkan oleh Institut Legatum. Dulu nombor 29.
Inilah peranan nombor.
Nombor yang susah untuk diterka ialah nombor corot.

tunbegia said...

jjj = jutawan jawa johor,

salamm,