Tuesday, December 30, 2008

BERCUTI 2 HARI DI SG NIBUNG, SEKINCHAN




Jumaat petang kami sekeluarga pulang ke kampung di Sekinchan. Pak Sidang yang dahulunya saya ziarah, telah kembali kerahmatullah awal Disember. Abah sibuk menaik taraf tail ruang legar di tingkat atas rumahnya. Begitulah hobi orang tua ini yang tidak boleh ditegur; suka main pasir dan simen. Pantang dapat idea baru, akan diruntuhnya tile dan ditukar baru. Ada saja kerjanya.

Amat teruja cuti ini apabila rakan di Taman Yayasan; Talib satu kelurga datang berkunjung ke rumah kami di kampung. Puan Zai dan anak-anaknya; Filza, Is, Muhaimin, Alia dan Shani mengiringi kemeriahan bercuti kami. Ketulan dia menghadiri kenduri di Shah Alam, dan kami jemput dia datang. Alhamdulillah seronok betul dapat rakan yang akrab dan sudi bermalam di rumah..

Dapatlah juga kami bawa mereka ke Sungai Besar (yang digelar Nilai 3 Selangor) meninjau kain baju dan tudung-tudung murah, di samping menikmati minum malam di D'Muara Ikan Bakar, Sg Haji Dorani.

No comments: