Thursday, December 18, 2008

CERITERA JEMAAH HAJI

Jemaah haji ada yang tiba dari tanah suci. Tahniah kepada rakan taulan yang selamat mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. Banyak pengalaman iman dan insan yang mereka dapat.

Pengalaman haji tidak sama pada semua orang. Ia mengikut apa kehendak peserta haji berkenaan. Jika peserta haji itu lebih melihat kepada melancong, maka dapatlah dia melancong dan melihat kesan sejarah dan kisah hidup manusia di sana. Jika peserta haji lebih terfokus pada membeli belah, maka dapatlah dia membeli belah sebanyak-banyaknya dengan segala benda yang ada dan tiada di Malaysia. Jika peserta suka kepada khat dan keindahan seni, maka dia akan dapat khat kaabah (cebisan kelambu kaabah) dan seni-seni ukiran untuk hiasan di dinding rumah.

Sebaliknya, jika peserta berkenaan ke sana kerana mencari Allah, iman dan amal, maka ruang sebesar-besar ruang Allah berikan kepadanya. Allah berikan kepada peserta itu, apa yang mereka niatkan dari awal...

Rakan saya, Cikgu Haji Ramlee baru sampai malam tadi. Dia membandingkan harga minyak yang murah di Mekah, tetapi kos pengangkutan tetap mahal.. Betul juga katanya... Sudah tu, susah pula nak dapat tambang yang murah..

Masa saya ke Mekah tahun 2000 dahulu, bas dua tingkat cukup banyak berulang alik ke Tan'im untuk miqat umrah. Tambangnya baru 2 riyal. Sekarang, katanya bas berkenaan sudah tiada.. Hanya bas van dan teksi sahaja yang tentunya mengenakan tambang yang tinggi untuk berumrah.. Susah juga kalau begitu..

Dahulu, bas Mina ke Masjidil Haram mudah kami dapati. Cuma tambangnya agak mahal 20 riyal.. tapi itu kira ok lah daripada berjalan kaki 10 KM. Sekarang tiada bas lagi, katanya.. ??

Itu pengalaman masing-masing. Apa yang penting ialah pasakkan niat menunaikan haji untuk mendapat redha Allah di samping mendapat pengalaman iman daripada sekitaran di sana.

No comments: