Tuesday, December 23, 2008

MAIN BOWLING

(Pengantin Abu Zaki dan Siti Aishah anak Haji Md Nor, jiran terdekat surau al-Muhajirin)

Spontan selepas solat Maghrib baru-baru ini, Cikgu Yusoff mengajak kami bermain bowling. Saya pun apa lagi, terus set up untuk buat 'Kejohanan Bowling Al-Muhajirin' yang melibatkan jemaah surau. Tarikhnya pada 24 Dis 2008 dengan pesertanya orang veteren semua.. ramai yang tak pernah pegang bola bowling, termasuklah saya. Kalau rakan pembaca mahu melihat gelagat orang lama berbowling, jemputlah hadir ke Segamat Bowl jam 9.00 malam.

Target awal hanya 20 orang tetapi daftar nama terkini telah mencecah 30 orang.

Dalam pada itu, program sesimple ini telah diangkat menjadi program surau pula. CIkgu Haji Ramlee (yang baru balik dari Mekah) meminta surau sponser makan dan ada pula yang kata nak sponser t-shirt. Syukur.
Apa yang penting sebenarnya ialah hendak merapatkan, mengakrabkan talian ukhuwah sesama jemaah. Itu matlamat utama kami.. Kalau ikut kata pengantin baru Sdr Abu Zaki (orang Penerok, kahwin 21 Dis, yang saya jadi DJnya), surau ini meriah dan ceria!! Mudah mudahan itulah yang kita harapkan kekal selama..

No comments: