Saturday, January 10, 2009

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR DAN GURU




Hari ini Sek Agama Buloh Kasap mengadakan majlis ringkas perpisahan dengan Guru Besar (Ustazah Zaleha Jelani) dan dua orang guru lain; Ust. Rahana Ahmad dan Ust Noraini Yusof. Selaku Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah (PIBG), saya amat terharu dengan kesungguhan ust Zaleha yang menjadi GB selama 6 tahun di sekolah ini. Banyak jasanya yang tidak terkira membangunkan sekolah.

Begitu juga ust. Rahana yang melanjutkan pelajaran dalam KPLI dan berpindah ke sistem Kementerian Pelajaran pula yang lebih lama berjasa di sekolah ini. Mesyuarat ringkas kami adakan di samping meraikan Guru Besar yang baru; Ustaz Jumaat bin Min membincangkan apa yang perlu dibuat pada tahun 2009.

Paling terperanjat apabila sistem sekolah anjal yang baru setahun dilaksanakan pada tahun lalu telah dimansuhkan pada tahun ini. Sedangkan pada pertemuan dengan YB Zainal (EXCO Agama Johor) dan YB Dato' Jalil Barom (Pengarah JAJ) tidak nampak langsung ada masalah pada sistem sekolah ini dan ia akan diteruskan seperti biasa.

Pelik juga, kenapa tiba-tiba mesyuarat EXCO Negeri Johor membatalkan sistem ini sedangkan usaha penambahbaikan baru sahaja diusahakan.. Itulah peliknya.. Kalau pengajaran Mat dan Sains dalam BI boleh bertahan 8 tahun, kenapa sistem anjal kita perlu hapuskan sebelumpun kita lihat hasil atau buahnya...

Ini yang saya dan kami tidak setuju..

No comments: