Monday, February 16, 2009

APABILA SULTAN DISENTUH

Apabila sultan disentuh dan mahu disaman, maka juak-juak akan bangkit bersuara kononnya memberi taat setia kepada raja dan istana. Sebenarnya bukan sekali institusi raja dan sultan cuba dihakis kedudukan dan peranan mereka. Telah banyak kali. Pada masa Tun Dr M dahulu telahpun dicuba untuk menghakis kuasa sultan sehingga menimbulkan krisis perlembagaan yang hebat. Dr M pada masa itu menjelajah seluruh negara bagi mendapat sokongan rakyat, dan bangunlah juak-juak tersebut memberi sokongan kepada Dr M. Mereka secara sedar mahu meruntuhkan institusi reja dan sultan;

Juak-juak yang sama kini bangkit kembali. Ia berpunca daripada Karpal yang mahu membawa sultan ke mahkamahm yang menurut pandangan perlembagaan, ia bukanlah suatu yang salah, tidak betul hanya kurang beretika.. seperti yang diperkatakan tokoh undang-undang tanah air, A Aziz Bari..

Sebenarnya juak-juak yang bagnkit itu hanyalah mengikut rentak si jerung yang punyai agenda tersendiri.

Apa untungnya umat Melayu dan agama Islam di Malaysia? Apa untungnya kita menjaga institusi raja, seperti juga apa gunanya menjaga orang yang mahu meruntuhkan Islam di Malaysia? Hilang langsung soal perpaduan, kebenaran, hak dan berbagai lagi apabila kita terpengaruh dengan omongan jerung yang punyai agenda tersendiri.

Fikirlah..

1 comment:

AnDeH said...

hmm,
entry yg sgt baek...
mmg tiada apa untungnya juak2 dari kalangan kita yg mengikut rentak jerung. .. ustaz...sng2 jd lea "follower" sy...ley taw entry terbaru cetusan idea ustaz...
salam andeh..