Thursday, February 26, 2009

A. SAMAD SAID DAN PERJUANGAN BAHASA..


Meneliti ungkapan Pak Samad, tersentuh benar rasanya..

"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti" - A. Samad Said

Begitulah luahan seorang pejuang bahasa dan pejuang bangsa yang sebenarnya Pak Samad juga mahukan kemajuan dan pemodenan berlangsung dalam negara, cuma elok diletakkan kembali kemajuan bangsa dan negara pada acuan kita sendiri (seperti termaktub dalam Wawasan 2020). Kenapa pula mahu diperkecilkan bahasa sendiri semata-mata melihat bahasa asing itu hebat dan terserlah.

Bahasa adalah alat. Alat tidak semestinya menjamin kepada kejayaan sesebuah projek kerana alat itu sifatnya pelbagai. Bahasa Melayu juga alat, alat untuk maju dan alat untuk mendidik manusia yang berbangsa Melayu dan bernegarakan Malaysia.

Saya setuju perjuangan Pak Samad.. dia sejujurnya mengakui pentingnya memartabatkan kembali bahasa kita pada landasan Perlembagaan dan negara Malaysia yang betul..
Kemajuan rakyat dan negara bukan terletak 100% pada bahasa, walaupun bahasa menjadi alat kepada kemajuan tersebut... jangan kita korbankan alat semata-mata mengejar kemajuan yang tiada penghujungnya.

3 comments:

Anonymous said...

eeeeei geramnya..
Ustaz dapat begambar dgn Sasterwan yg dihormati..

Melihat Kesunyataan said...

Assalammualaikum Ustz.,
Kita seharusnya turut menyokong perjuangan SN A. Samad Said itu. Apa yang menghairankan ada lagi manusia Melayu yang masih belum faham-faham.

sammie said...

a'kum ustaz..
pagi tadi jumpe saye nagn sasterawan a.samad said sedang b'fast di kafe Chawan Bangsar KL...
sgt low profile orgnye...