Tuesday, March 3, 2009

FILEM 'WAYANG': GAMBARAN REALITI BANGSA




Sukar untuk kita mencari sebuah filem Melayu yang menggambarkan realiti nyata kehidupan masyarakat Melayu. Kebanyakan adalah simplistik dan mengada-ngada dengan gambaran luar biasa pada kemewahan, percintaan, kehebaan korporat dan bermacam lagi. Soal kehidupan warga kampung dengan nilai budaya tersendiri jarang ditemui di layar skrin. Menonton filem Wayang, ternyata Hatta Azad Khan cuba sebaik mungkin memaparkan realiti budaya Melayu, dan diselitkan dengan mesej untuk mempertahankan satu warisan seni Melayu; wayang kulit.

Saya teruja menonton filem ini; Pertamanya kerana ia menggunakan dialek Kelantan, dialek setempat yang diangkat ke persada filem. Itulah realiti yang payah dan berresiko untuk diangkat.. (Saya terkenangkan dialek Padang Terap yang kian terhakis, belum ada yang mahu mengangkatnya setinggi ini)

Kedua elemen budaya wayang kulit yang memperlihatkan perlunya wayang kulit diberi nafas baru, tidak sekadar berlengkar pada Ramayana dan Sita Devi semata. Ia seiring dengan perkembangan semasa yang terlalu banyak 'hiburan', manakan mungkin hikayat Ramayana mampu bertahan seratus tahun lagi.. Mungkin unsur lawak boleh diketengahkan bagi menarik minat kalangan penonton.

Ketiga; watak-watak yang dihidupkan oleh Hatta memberi kekuatan besar kepada penonton, watak bisu dan sengau yang berjaya ditonjolkan dengan baik dan memberi makna kepada penceritaan dan latar filem. Tahniah

Keempat; konflik keagamaan adalah realiti dan begitulah jawapan orang wayang kulit, aku nak main wayang je, tak nak kacau orang.. tanpa menghiraukan hujahan dan landasan agama.. (CUma orang agama dilihat begitu ortodok dan claise adalah watak sterotype yang ada dalam kebanyakan filem Melayu, kenapa watak ini tidak digandingkan dengan watak putih untuk menjelaskan 'hukum' kepada penonton, kerana hukum tidak boleh dinilai dari sudut emosi sahaja'

Ringkasnya bukan senang nak bikin filem, bukan senang lagi nak mempertahankan budaya Melayu.

1 comment:

Anonymous said...

Teringin nak tengok 'wayang' yang menggunakan dialek Jawa Johor..

Teringat suasana rewang di rumah arwah Nyai suatu masa dulu...