Sunday, March 22, 2009

PEMILIHAN PEMIMPIN DALAM UMNO

Kepada para perwakilan UMNO, kita harap mereka membuat pemilihan yang tepat bagi menerajui kepimpinan negara. Janganlah hendaknya menjadikan ukuran wang ringgit (rasuah) sebagai kayu ukur memilih si A atau si B.

Rasuah telah lama menjahanamkan bangsa dan aset Melayu. Berapa banyak tanah-tanah Melayu telah jatuh ke tangan bangsa asing semata-mata kerana sogokan yang Melayu ambil? Berapa pula banyak salah urusan dan pilih kasih berlaku atas apa juga keadaan kerana sogokan seperti ini.. Bayangkan jika dahulunya tanah pinggiran bandar adalah hak mutlak Melayu, tetapi hari ini ia telah jatuh ke pihak lain, soalnya siapakah yang melulusnya, jika tidak mereka yang bertugas di pejabat berkenaan... dan pastinya mereka adalah sebangsa dengan kita..

Sayang, negara dan kepimpinan menjadi taruhan wang dan harta yang sebenarnya ia akan hancur dan hilang dengan sekelip mata... Insafilah Palestin yang terjual kepada Israel kerana umat Islam tergula-gulakan wang dan kekayaan yang disuap oleh bangsa Yahudi.. Akhirnya Palestin hanya tinggal Gaza dan Tebing Barat yang semakin mengecil...

Tidak pelik jika atas nama pembangunan juga... akhirnya bumi ini jatuh ke tangan orang lain.. Apatah lagi dengan meluasnya gejala rasuah.. (siapa tak mahu kaya, kan?)

No comments: