Thursday, March 26, 2009

UPENA DAN PERANANNYA

Saya menghadiri Bengkel Validasi PRISMa UPENA pada 26 Mac, sebelum petangnya menghadiri temuduga. Berdebar.

Pengarah UPENA, Prof Madya Hajah Hamidah Junid menjelaskan peranan UPENA. Dan tentunya UPENA bertanggungjawab menerbit dan memasarkan buku-buku akademik dan separa akademik. Visi UPENA menjadi penerbit universiti yang berdaya saing dan cemerlang dengan misinya mempertingkatkan penerbitan berkualiti menerusi pengurusan profesional. Falsafah UPENA bertolak pada penulisan dan penerbitan berkualiti menjadi pemangkin kecemerlangan universiti.

Dalam Piagam Pelanggan menjanjikan penerbitan karya asli dalam tempoh 10 - 14 bulan bagi karya yang lengkap dan bersih. Namun perkara ini sukar hendak dicapai dengan lambakan manuskrip yang banyak dan kerana itulah UPENA agak perlahan buat masa ini.

No comments: