Tuesday, March 10, 2009

ZUBIR ALI..

Semalam kita mendapat berita pemergian saudara Zubir Ali salah seorang vokalis kumpulan Harmoni yang dahulunya terkenal dengan lagu puisi seperti 'Penantian', 'Doa', dan Rintihan anak Kecil..

Zubir Ali anak kelahiran Kedah yang belajar di sekolah agama terkenal; Maktab Mahmud Alor Setar. Dia aktif menganjurkan persembahan di Maktab Mahmud yang seangkatan dengan Dinsman menganjurkan pementasan dan persembahan. Melanjutkan pelajaran di Kolej Islam dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kebudayaan, HEP di UKM semasa saya baru-baru masuk ke UKM (1986)..

Antara ucapan beliau semasa sesi taklimat; 'Hasrat saya mahu menjadikan UKM ini meriah dengan pelbagai acara kerana saya tidak mahu menjadikan ia seperti kubur yang sunyi sepi..."

Maklumlah pada ketika itu, gerakan Islam kuat berkembang di universiti dan rata-rata pelajarnya menentang sebarang bentuk budaya dan kebudayaan, termasuklah budaya Melayu.

Salam takziah.

(Pagi ini saya menerima SMS dari kampung memaklumkan kematian seorang warga emas yang juga ada pertalian saudara dengan saya; Puan Hajah Munah bt Jusoh usianya 105, merupakan seorang informer saya semasa kajian mengenai seorang ulama di Kedah..) Al-Fatihah

No comments: