Monday, April 20, 2009

DR JENIRI AMIR dan rewang KENDURI pada Malamnya

Oleh kerana program Pengacaraan bersama-sam Dato' Mahadzir dibatalkan, kami berpeluang mengikuti Wacana Intelektual Dr Jeniri Amir, seorang tokoh penulis tersohor dari UNIMAS. Perkongsian idea penulisan dan bahan wacananya sungguh menarik dan bagaikan miracle kalau kita dapat menghasilkan 8 buah rencana dalam satu hari.. Tetapi itulah keluarbiasaan beliau.

Wacana berakhir dalam jam 12.30 dan ramai guru-guru yang datang ke program ini.. dan ramai juga yang saya kenal dan ramai lagi yang tidak kenal.. Hebatnya bila UiTM Melaka hantar sebuah bas ke sini..

Petang Sabtu sempat saya rewang di majlis kenduri rumah Hj Saleh, pengurus ladang.. Lembu dua ekor disembelih menjecah 6.00 petang baru saya pulang.. panas juga berjemur di bawah khemah memotong daging.. Seronok amat apabila rakan-rakan setaman turun membantu..

Malamnya, ada lagi aktiviti masak memasak.. bab ini kami hanya jadi tukang angkat itu dan ini aje.. Ada pula wak Indon yang buat massage, dan saya tumpang sekali.. best diurut kaki..

No comments: