Thursday, April 2, 2009

SEMINAR PEMBANGUNAN WARISAN KERAJAAN MELAYU LEMBAH BUJANG


Batik Merbuk, produk UiTM Kedah berkonsepkan sumber alam di Merbuk


31 MAC – 1 APRIL 2009
Dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Anjuran:
ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), Prof Dr Abdul Latif Samian
Pusat Warisan Seni Melayu,
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.
Turut hadir: DR HAJI HAMDAN MOHD KHALID, EXCO KEDAH
NC UKM Dato’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
PM Dr Zaliha Husin, Pengarah UiTM Kedah

NC UKM: 35 tahun pengkajian tapak warisan telah berjalan, merupakan tapak warisan dunia di Lembah Bujang. Tanjung Jaga sebagai penarik utama pedagang pd masa lalu.

Titah Ucapan Puteri Intan Safinaz:

Kerajaan Melayu terawal di nusantara, orang Melayu terbukti menguasai jalan perdagangan dan menghasilkan manik dan alatan lain. Memperkasakan LB dan gunung Jerai sebagai produk arkelogi dan pelancongan, sbg taman warisan, sungai semeling dan sungai merbok yang amat indah panoramanya..

Kerajaan Melayu bukan bermula dari Melaka (1400) tetapi lebih awal dengan tamadunnya yang hebat dan tersendiri..

Dalam ucap utama, Dato’ Dr. Affifudin Hj Omar menjelaskan..

Pensejarahan dibuat berdasarkan teoritikal bukan berdasarkan kajian imperikal. Sebelum british masuk, kilang padi tidak dibenarkan beroperasi di Kedah. Sistem padi kunca menjadi punca kepada hutang

Bila baca sejarah, pensejarahan bermula dengan Parameswara datang ke Melaka. Sedangkan Kerajaan Kedah telah bertapak sejak 1500 tahun lalu. Sejarah ini ditulis oleh TS Lanang yang berpusatkan Melaka. Melaka jatuh ke Portugis satu hikmah bila ulama Melaka berpindah ke tempat baru termasuklah ke ..

Parameswara nak duplicate Melaka macam di Jawa mahu jadikan Melaka sama seperti Palembang tapi tidak berjaya kerana Islam di Pasai telah berkembang kuat di bwh sultan Malikusaleh. Pusat perdagangan di Pasai (Acheh) – yg bangun sekitar 1200M semenjadi besar. Parameswara tidak pernah masuk Islam hinggalah ke anaknya..

Cucu parameswara masuk Islam dan kahwin dengan puteri Pasai.. maka bermulalah Melaka menjadi maju.. Sedangkan Kedah telah wujud sebelum Melaka, sezaman dengan kerajaan Sri Vijaya.

Kedah menjadi negara kuat sezaman kerajaan Sri Vijaya. Kedah dikatakan telah Islam sejak 900M. Undan-undang Kedah adalah warisan dari Melaka, tapi ada juga undang-undang kedah telah wujud terlebih awal.

Sultan Muhd Jiwa; 1 relung 82 tapak perjalanan kaki manusia biasa (0.3/4 ekar), kepoi, cupak juga dibuat ileh Muhd Jiwa.

Kedah bermula dengan international trade, namun setelah Lbujang ditutup Kedah terpaksa kembali ke pertanian. Berpunca dari British yang sekat perjalanan ke PP, Dinding; selain bermula perlombongan di Kulim yang menjadikan sungai cetek selain daripada pembukaan kawasan baru..

Orang Melayu hebat, mereka boleh meredah angin kerana lantil shill dibuat oleh orang Melayu yg boleh membelah angin. Kenapa Melayu tak jadi kolonial di luar negara, kerana mereka boleh balik pada bila-bila masa, tanpa terpengaruh dengan tiupan angin.

Dalam sesi pemakalah lain dikisahkan LB begitu hebat;

LB sbg Taman Sejarah Negara. LB di sempadani Bukit Choras hingga ke Cherok Tokun, BM dan kerajaan Sri Vijaya, menerima kapal-kapal kecil dn kapal besar lebih besar. Langkasuka di Kedah ke di Patani? Langkasuka mungkin berada di Kedah juga. LB adalah entiti perdagangan. LB mungkin lebih besar drp Borudubor lagi.. ada pedangangan dari China, Arab dan India juga berdagang di sini.

Kolonel James Low 1840an telah menulis ttg LB, sebagai peradaban Melayu, Gunung Jerai sebagai land mark (beacon) kepada palayar-pelayar.

Sejak abad ke tiga 5700 tahun lalu dengan relau besi yang besar... bijih besi. (Prof Dr Mokhtar Saidin)

No comments: