Thursday, April 23, 2009

SEORANG RAKAN

Sifat seorang rakan tidak dapat diduga walau baik bagaimana sekalipun. Seorang sahabat saya ini dikira amat rapat persahabatannya. Anak-anak kami saling berpindah randah bermalam di rumahnya dan di rumah saya. Setiap hari saya dan dia bergilir menghantar anak-anak ke sekolah dan pulangnya. Pada saya, dia seorang yang cukup mesra, mudah membantu dan ringan tulang...

Walaupun dirasakan begitu akrab, namun ada sesuatu yang tidak mahu dikongsi dan lebih menyimpan. Biasanya kita akan berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi dia tidak begitu mungkin kerana pendiriannya 'tidak mahu menyusahkan orang lain'.

Baru-baru ini, saya terperanjat kerana dia berpindah ke rumah baru (rumah sewa) dan saya hanya mendapat maklum setelah menelefonnya bertanyakan anak-anaknya yang tidak bersekolah. Dia memaklumkan telah berpindah! Saya terpinga-pinga kerana kebiasaannya pindah mindah bukanlah mudah dengan pelbagai alatan dan kelengkapan rumah yang hendak dipindahkan.. (Saya masih enggan berpindah kerana mengenangkan sukarnya hendak berkemas dan berkemas dan berkemas lagi).

Lewat SMS saya nyatakan betapa hubungan kita begitu rapat malah saya menanggapnya sebahagian daripada keluarga saya sendiri. Hanya kecewanya kerana saya tidak dapat mengambil tahu apa yang berlaku ke atas dirinya sekeluarga... Dan dia membalas SMS saya;

"xpa benda ni biasa bagi kami sekeluarga.. terima kasih di atas prihatin ustaz.. sebab itu le tak jadi kami pindah ke Gemereh (sebaliknya kekal di TY) kerana sayang dengan ustaz dan semua warga Tmn Yayasan."

Ya Allah, apalah daya kami untuk membantu seorang sahabat ini, berilah kelapangan kepadanya, murahkan rezekinya dan berilah pertunjuk ke arah kebaikan berpanjangan.. Amin..

1 comment:

Unknown said...

Ustaz, kadang-kadang...memang tak semua benda yang kita nak buat, kita dapat buat...bukan bererti kita jahat...tapi memang kita hamba yang lemah. Berdoalah, kerana itu adalah kekuatan. Hanya pada Allah SWT kita berserah.