Lagu ini 'jiwang' dan menyentuh perasaan. Kecewa dalam percintaan dan merajuk. Itulah luahan yang terungkap. Indah susunan katanya, indah pula alunan lagu..
JIKA TERDENGAR SUARA AZAN
BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI
DALAM IRAMA KUKIRIM PESAN
SEBAGAI TANDA AKU DAH PERGI
JANGAN DITANYA SEBAB KERANA
MENGAPA AKU PERGI MENGHINDAR
DARIKAN DEKAT TAPI MERANA
ELOK KUJAUH TINGGAL MENDENGAR
BIARLAH AKU PERGI DAHULU
TIDAK TERTAHAN LAGI DERITA
SEMOGA YANG TINGGAL SENYUM SELALU
YANG PERGI LENYAP BERITA
BILA KELAK DAKU TERKENANG
KUTATAP BINTANG DI MALAM KELAM
BILA TAK SANGGUP DAKU BERENANG
KURELA DIRI HANYUT TENGGELAM.
3 comments:
Salam.
Terima kasih kerana blog ini, saya tau jodol lagu ini yg sering saya dengar masa saya 8 tahun dulu (1970).
Layan lagu ini di sini: http://www.youtube.com/watch?v=lpFziiriIzs
Lebih kepada ketuhanan..masing² faham masing²
Post a Comment