MONYET HUTAN & MONYET PEKAN
Ada satu cerita dari abangku
Kisahnya bertemu dengan
Seekor monyet hutan seekor monyet pekan
Kedua-duanya sa,ing bercinta
Maka berkatalah monyet hutan
Kita di sini sungguh aman
Hutan rimba dan padang luas terbentang
Semuanya menjadi milik Tuhan
Adapun monyet pekan kehairanan
Masih adakah lagi hutan padang
Sedangkan hari-hari, setiap hari
Kayu kayan habis dibawa lori
Namun kedua-duanya punya rasa
Cinta kasih bersemi pada jiwa
Walau pekan dan hutan
Ada beza
Walau pekan hutan
Ada makna
Kerana kebahagiaan
Letakknya di jiwa
Pada monyet hutan
dan monyet pekan…
No comments:
Post a Comment