Monday, June 28, 2010

BAHASA MELAYU DI BEIJING





BEIJING FOREIGN STUDIES UNIVERSITY telah lama mewujudkan Jabatan Bahasa Melayu khas untuk mengajar dan mengenal budaya Melayu Nusantara. Lebih 50 tahun bertapak, yang bertujuan pada jalinan kerjasama negara, perdagangan dan menjaga kepentingan bersama. Shao Ying @ Adibah adalah ketua jabatan dan tenaga pengajar di sana yang berusaha gigih mengembangkan bahasa Melayu. Mereka sering sahaja berkesempatan datang ke Malaysia dan menyelami budaya kita.

Begitu juga Sdri Jing Ling @ Melati dari Communication University of China bertugas sebagai pensyarah Bahasa Melayu. Antara bahan pengajaran digunakan termasuklah VCD Upin dan Ipin, Silat Lagenda, filem-filem P Ramlee dan lain-lain. Menarik bunyinya, apabila kita sendiri di bumi Malaysia masih terkial-kial dalam pembelajaran BM, keluh kesah pada anak muda yang makin tandus bahasanya.

1 comment:

myailyana said...

Salam.. saudara, sy berminat dengan artikel saudaa yang berkisar bahasa Melayu di Beijing. Jika saya ingin bertanya beberapa perkara, boleh x?