Monday, June 21, 2010

BEIJING: HANYA ORANG YANG ZALIM BERJAYA MEMBINA TAMADUN

Betulkah begitu? Hanya orang yang zalim sahaja berjaya membina monumen tamadun yang hebat dan besar. Jika tidak, masakan Tembok Besar Negara CHina dan Piramid di Mesir mampu dibina? Pemimpin yang ganas lagi brutal, tentunya mampu membuat perubahan besar; manakan tidak berjay Mao Zhe Tong mengawal luasnya kerajaan China, mencipta ketahnana sendiri baik dalam ekonomi, politik dan budayanya; jika tidak dia seorang yang 'ganas'?

Malah di mana negarapun, (termasuk Malaysia) kepimpinan yang 'ganas' akan berjaya membian empayar besar, hebat dan menjadi monumen sejarah berharga kepada negara bangsa.

Itu satu perkiraan sahaja, mungkin banyak lagi yang boleh difikirkan.

4 comments:

Jiji said...

Betul. Tepat sekali. Tetapi tamadun sebegitu mempunyai kesan impak negatif yg maha dasyat ke atas rakyat, tamadun yg tidak porak peranda .


Hanya orang yang zalim berjaya membina tamadun (yang sebegitu).

Berbeza dengan TAMADUN ISLAM yang lengkap penuh kemakmuran..

Hanis Zalikha said...

Betul jugak. Tiba-tiba berpikir secara lebih dalam

aiyrie said...

Assalamu'alaikum,

Jika ketamadunan hanya dinilai dari aspek binaan-binaan yang gah, maka saya bersetuju dengan pendapat tersebut. Namun, adakah itu yang dinamakan sebagai tamadun?

Jika kita melihat tamadun dari aspek ketahanan material, maka kita di zaman ini sangat-sangat tidak bertamadun. Bangunan yang kita bina di zaman sekarang belum tentu mampu bertahan sehingga retusan tahun, apatah lagi ribuan tahun.Namun, kemajuan tamadun dinilai lebih dari itu.

Nabi Muhammad s.a.w tidak meninggalkan apa-apa binaan. Bahkan Masjid Baginda juga telah banyak berubah. Yang ada sekarang jauh bezanya dari semasa di zaman baginda. Apakah baginda tidak pernah membina tamadun?

Tamadun membentuk masyarakat yang berketertiban. Itulah tamadun yang sejati. Ia tidak memerlukan suatu objek yang gah berdiri untuk menzahirkan kewujudannya. Tamadun Islam yang terunggul adalah pada zaman Baginda s.a.w. Kewujudannya diakui tanpa perlu sebarang binaan bangunan, yang ada adalah binaan hati yang lebih kukuh dari tembok besar.

Oleh itu, sirahnya perlu diteladani agar dapat kita membina tamadun dengan cara yang bertamadun, bukan membina tamadun dengan cara yang tidak bertamadun.

Ciknoor said...

Begitu jugak Malaysia. Nalaysia prlu belajar sari sejarah nabi saw.