Wednesday, June 30, 2010
KG MUKUT, TIOMAN 22 - 24 JUN 2010
Bengkel Penulisan Kreatif (siri iv) dianjurjayakan UPENA UiTM Johor di Kg Mukut, Tioman. Perjalanan bot dari jeti Mersing ke Mukut mengambil masa tiga jam, diiringi paluan ombak yang agak kuat. Prof Dr Siti Zainon Ismail dan Puan Nisah Haron adalah insan hebat yang banyak berkongsi pengalaman kepada kami para peserta.
Kg Mukut amat indah, bersih dan nyaman. Masih kekal sebagai perkampungan Melayu tradisi yang belum terkesan dengan limpahan pembangunan seperti di Tekek atau Kg Genting. Jeramnya amat dingin, segar dan terasa setiap sedutan kaya dengan oksigen dan limpah alam ke rongga badan. Segar.
Kami bermain air di jeram, bermandi-manda di air terjun Kg Juara, menikmati indahnya panorama gunung twin tower (gunuk Nenek Semukut), terlalu indah dilihat dari segenap sudut. Kami berbicara tentang Ghaza, tentang alam, tentang cerpen yang baik dan terkesan, tentang apa sahaja yang indah.
Melihatkan bonda Siti Zainon melakarkan segala yang dilihatnya, suatu kekaguman luar biasa. Malah keramahtamahan penduduk di Mukut memberi bekas ke dalam diri. Mukut, indahnya namamu seindah budayamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment