Wednesday, July 28, 2010

'MUJUR' & 'BERNASIB BAIK' ADALAH KUASA TUHAN

Sering sahaja kita berkata; 'aku bernasib baik; mujur dia tak pergi; mujur tak hujan hari ini' dan rangkaian perkataan seumpamanya. Kata-kata ini tidak memberi apa-apa makna kepada orang Melayu kerana itulah bahasa orang Melayu yang dipakai hari-hari. Itulah lidah dan budaya orang Melayu.

Namun apabila diperhalusi, ada sesuatu yang tertinggal pada ungkapan kata seperti itu. Ia seakan menghilangkan 'kuasa Allah', Tuhan yang menentukan qada dan qadar alam buana ini. Kita percaya bahawa semua ketetapan, perlakuan dan peristiwa berlaku dengan izin-Nya jua.

"Tidaklah kamu merejam (atau melontar) ketika berlakunya perejamam itu, melainkan Akulah (Allah) yang merejamnya." (Al-Anfal: 17)

Perlakuan makhluk diizinkan berlaku atas ketetapan Khalik (Allah Pencipta). Namun manusia perlu bertindak, perlu berusaha untuk menentukan kejayaan dalam tindakannya. Mengatakan 'bernasib baik' atau 'mujur' perlu dinisbahkan dengan Allah SWT; maka tentulah yang terlebih baik digantikan dengan kalimah; ALHAMDULILLAH.

"ALHAMDULILLAH tak jadi hujan, Alhamdulillah dia tak pergi, Alhamdulillah dia bernasib baik (ataupun memadai, Alhamdulillah sahaja!)Alhamdulillah pada takdir Allah begitu dan begini.

(Ini antara kupasan saya dari ceramah Prof MKI yang saya dapat jelmakan di sini. Terima kasih Allah, terima kasih Prof dan terima kasih semua)

2 comments:

Anonymous said...

Salam, betul tu Tuan, kalau kita tengok benda yang cantik dan menawan kita kata MasyaAllah, jika ternampak benda yang tak elok kita kata Subhanallah,begitu juga bila kita dengar kematian orang yang bukan beragama islam kita ucapkan subhanallah[Allah has mercy on him/her].

Anonymous said...

Pembetulan, tengok yg indah spt bulan purnama, pemandangan cantik dll : kita seharusnya ucap Subhanallah (Maha Suci Allah Yang Maha Hebat cipta sesuatu yg amat indah & takleh manusia @ mahkluk bikin), tengok @ tertengok @ dengar benda yang tak elok spt dgr org mencarut @ maki-maki org, kita ungkap MasyaAllah... Harap ustaz perkasakan lagi, WallahuA'lam