Resah dan kalut. Itulah realitinya saat menantikan kelahiran anak yang ke 7.
Selasa (20 Julai) Shida ada appointment di Hospital Segamat. Saya menghantarnya awal pagi sebelum ke kelas di UiTM. Doktor memintanya terus mendapat rawatan di hospital kerana ukuran bayi dan kandungan sudah sampai waktunya.
Petangnya setelah selesai uruskan anak-anak, kami menghantar Shida ke Hospital. Nuha pula yang menangis (dan umminya juga). Berkuliah Maghrib di UiTM, sebelum menziarahinya sekali lagi hingga jam 10 malam.
Rabu (21 Julai) dimaklumkan keadaan masih stabil. Shida diindius (?) seawal pagi.
Jam 6 petang kami menziarahinya. Masih stabil.
Khamis (22 Julai, masih juga stabil. Doakan semoga semuanya selamat.
1 comment:
semoga semua dalam keadaan selamat ustad..Amiinn..
Post a Comment