Monday, August 30, 2010
21 RAMADAN: IFTAR CITU/ TEST CTU241/ MERDEKA KE 53
Diam tak diam, Ramadan sudah masuk malam ke 21. Subhanallah cepatnya waktu berlalu. Fasa ke tiga Ramadan menanti dengan penuh debaran. Mahu saja kita tingkatkan ibadah dan solat malam biarpun malas dan kesungguhan masih banyak berbaki. Sukarnya mahu memujuk diri menjadi insan taat di sisi Allah.
CITU membuat majlis berbuka puasa dan meraikan pelajar yang belajar membaca al-Quran dengan ustazah CITU. Selepas berbuka, pulang ke rumah dan bertarawih di Surau Taman Yayasan sebelum datang semula ke LT 1 menguruskan test CTU 241 (jam 9.30 - 10.30 malam)
Dan malam ini malam count down Merdeka ke 53. Tahniah negaraku Malaysia. Pada usia ke 53, nampak semakin goyah keutuhan negara di bawah terajui kepimpinan masa kini. BN mahupun Pakatan Rakyat semakin gusar untuk mencari kekuatan politik dan kuasa pengaruhnya untuk kekal berkuasa. Goyah dan menakutkan.
Kekuatan umat Melayu terutamanya aspek akidah dan ekonomi terhakis teruk. Gugatan agama lain mencorakkan budaya dan keyakinan umat Islam makin kuat menekan dan orang muda seakan tidak hirau lagi dengan pegangan agama. Agama sekadar adanya sahaja beragama. Agama bukan lagi satu penghayatan dan amalan yang menjamin kesejahteraan insan.
Begitu juga keutuhan ekonomi bangsa Melayu yang memegang tampuk agama Islam kian susut dan terhakis habis. Malah politik Melayu sendiri semakin parah; seakan hilang arah perjuangannya.
Hanya Islam yang mampu memandu kita ke jalan selamat dan sejahtera, walaupun ia begitu sukar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment