Monday, August 2, 2010

MENDIDIK ANAK SATU AMANAH BESAR

Sekali lagi saya berpeluang berbicara dengan wanita anjuran KEMAS Segamat pada 29 Julai lalu. Puan Noni (Ruzilawati Saundi) bersama-sama 30 ahli KEMAS di Balai Raya Gemereh 4 (Batu Badak) berkongsi pengalaman mendidik anak-anak. Puan Maimon (isteri Hj Adam) berkongsi pengalamanan dengan 13 anaknya, suka duka dan bahagia membesarkan mereka.

Seronok dapat bertemu kaum ibu yang sejujurnya berkongsi kasih dengan anak-anak. Sedangkan anak-anak kita belum tentu arahnya lagi. Kita berusaha, berikhtiar dan berlapang dada mendidik mereka semampunya.

"Ya Allah anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan anak-anak kami, orang yang menyejukkan mata kami dan jadikanlah kami pemimpin dalam kalangan orang yang bertakwa." (Al-Furqan: 74)

Jam 11, bawa baby Sara ke Klinik Buloh Kasap rawatan kuning.. Doktor kata OK dulu, hingga jumpa lagi hari Isnin (2 Ogos)

No comments: