Semalam saya dijemput menjadi ketua juri pertandingan nasyid anjuran IRAMA UiTM Johor. Bidan terjun lagi.
Telah lama juga saya menjadi juri nasyid, sejak datang ke UiTM Johor 1996, sering sahaja diundang menjadi juri. Dulu-dulu nasyid anjuran ADESA atau ADASI dan ada juga anjuran kolej secara kecil kecilan. Kolej Mutiara antara yang aktif bernasyid. Dahulu juga persembahan nasyid dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Grup perempuan dibuat di LT yang tertutup untuk wanita sahaja manakala lelaki di DST yang lebih terbuka.
Suatu ketika saya menjadi juri nasyid group perempuan di LT dan kami memilih satu team yang baik sebagai juara. Saya berbincang dengan ustaz Wan Fikri (Unit Agama) ketika itu untuk membawa persembahan team juara ini pada majlis anugerah di DST. Dia setuju.
Lalu kami jemputlah team wanita ini membuat persembahan. Selesai sesi persembahan, banugnlah seorang pelajar lelaki membantah atas alasan aurat dan 'fitnah'. Saya terpaksa meredakan keadaan apabila team nasyid perempuan itu turut tercalar rasa hatinya. Beberapa hujahan seperti pandangan Dr Yusuf Qardawi yang membenarkan wanita membuat persembahan asalkan ia terpelihara keadaannya.
Kini, pemikiran seperti itu semakin dicerna dengan lebih luas. Tidak timbul lagi isu wanita dan suara auratnya dibahaskan.
Nasyid di UiTM begitu menyerlah khasnya dengan penganjuran PENASARI anjuran Kolej Taming Sari. PENASARI berjaya menempatkan UiTM Johor memiliki kewibawaan dalam pengendalian dan pertandingan nasyid. Hingga hari ini, jika saya bertemu ustaz dari Kemelah tu, dia spontan bertanya; masih adakah lagi PENASARI? Sukar untuk saya menjawabnya.
Munculnya IRAMA sebagai kelab yang mengendalikan urusan nasyid adalah suatu yang baik. IRAMA pernah menganjurkan pertandingan nasyid zon selatan dan penasyid kita pernah membuat persembahan besar bersama team nasyid popular tanah air di Shah Alam dahulunya.
Namun kini, gerakan nasyid dan kumpulannya terasa semakin kurang menyengat. Diharapkan IRAMA dapat memperkasakan kembali nasyid dengan sokongan pengurusan UiTM, team pelajar yang berpotensi (khasnya Sdr Azizi) untuk membawa nasyid ke persada seni tanah air. Begitulah harapan kita.
No comments:
Post a Comment