Wednesday, August 18, 2010
PUAN HAJAH NOR ASMAH YANG PERGI
(Puan Nor bertudung hijau gelap)
Dia kembali ke rahmatullah hari ini. Jam 11 pagi tadi. Kami terlalu sayang kepadanya, dia seorang ibu yang baik, seorang jiran yang prihatin, seorang wanita yang tabah. Dia banyak bergaul dan membantu aktiviti kemasyarakatan di Taman Yayasan.
Dia juga AJK Badan Kebajikan (PIBG) Sekolah Agama Buloh Kasap. Selalu kalau dia datang mesyuarat dibawanya kuih muih atau kek untuk dimakan bersama-sama. Usianya masih muda, dalam 45 tahun begitu.
Hari ini dia pergi selama-lamanya meninggalkan kita. Dikhabarkan komplikasi keguguran dan pendarahan yang agak teruk.
Jenazah diuruskan di Hospital Segamat dan akan dibawa ke Surau Taman Yayasan selepas Zohor hingga jam 3 petang untuk ziarah. Selepas itu, jenazah akan dibawa pulang ke Sabak Bernam, Selangor untuk disemadikan.
Ya Allah, Engkau lebih menyayanginya walaupun kami amat kasih dan sayang kepadanya. Ya Allah Kau tempatkanlah dia bersama anbia dan syuhada, lapangkanlah kuburnya sebagai taman-taman syurga-Mu.
Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Takziah dan Al-Fatihah buat arwah
takziah...juga buat arwah..
ibu saya pun baru pergi
;'(
AL-FATIHAH.... Harap ada insan seperti beliau yang dapat meneruskan kebajikan di dunia ini... Untuk kebaikan semua orang...
Post a Comment