Monday, September 6, 2010

BUNGA ORKID RAYA: ERTI PERSAHABATAN..


Kalau nak raya, rumah mesti kemas dan bersih. Cantik. Untuk sambut tetamu, apa salahnya. Orkid ini adalah hadiah yang dibelikan oleh Puan Hajah Zainab Ismail, bekas Pengetua SMK Seri Kenangan.

Hari itu dia datang menziarahi Shida di rumah, kasihankan pasu bunga cantik yang tidak terhias, lalu dicarikannya bunga orkid dan datang mengubahnya di pasu kami.

(Itulah kuasa ajaib seorang kawan, terima kasih Puan Hajah Zainab).

Seorang lagi yang selalu datang berziarah Puan Hajah Kadariah. Pernah dibelikan kami coklat dari UK semasa lawatannya ke sana. Kenapa ingatan seperti ini amat memberi bekas pada nilai sebuah persahabatan?

Saya hanya mampu mendoakan kebaikan kepada semua rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang secara tiba-tiba Allah teringatkan kita kepada si fulan itu.. love u all..

2 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Salam Aidilfitri buat Ustaz sekeluarga. Maaf zahir batin.

Anonymous said...

hiqopularvwymioufssu, justin bieber baby lyrics, tdarkbh.