Wednesday, September 29, 2010

LAGI HARTA NEGARA JATUH KE TANGAN ORANG

Terkenangkan Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura pada Mei 2008, kini satu lagi harta Malaysia di negara yang sama, akhirnya jatuh juga kepada Cina Singapura. Tanah KTM akhirnya berpindah tangan kepada kerajaan Singapura dengan digantikan dengan 9 lot tanah lain.

Pada perjanjian 20 Sept 2010 lalu, akhbar memaparkan DS Najib bersalaman bangga dengan Lee Hsien Loong, PM Singapura setelah perjanjian yang dikatakan win-win situation dimetrai. Saya ragu-ragu sendiri, benarkah Cina Singapura begitu bermurah hati memberikan tanah ganti yang lebih baik dan lebih untung kepada Malaysia? Jujurkah Singapura berbuat baik sedemikian rupa, sedangkan kita faham sejarahnya, tidak ada mana-mana (cina) Singapura yang bermurah hati, jika tidak ada kepentingan tertentu yang mereka akan dapat!

Setelah membaca blog A Kadir Jasin, baharulah mengerti letak duduknya situasi sebenar. Rupanya tanah 9 lot itu diberikan kepada Khazanah bagi pihak Malaysia memegang ekuiti 60 % dan Temasek bagi pihak Singapura mendapat 40%. Tidak semena-mena aset berkenaan adalah satu perkongsian sahaja, bukan hak milik mutlak dan ia diserahkan kepada sebuah syarikat, bukannya kepada kerajaan secara langsung.

Dan kini timbul pula isu, bagaimana Singapura akan mengenakan cukai pembangunan yang begitu tinggi ke atas tanah berkenaan. Tentunya Khazanah terpaksa mengeluarkan sendiri wang saku untuk melunaskan cukai berkenaan, mengalirlah lagi wang kita ke luar negara, sedangkan Temasek sekadar memindahkan wangnya ke perbendaharaan Singapura sahaja.

Isu ini dibawa ke mahkamah, dan nampak gaya sekali lagi kita menghulurkan leher kita untuk disembelih. Bukankah itu tanahnya Singapura, tentunya dia berhak menetapkan berapa sahaja cukai yang akan dikenakan kepada pemaju. Ternyata, kita tertipu dan terkena lagi setelah hilang sebidang lagi tanah milik kita!

No comments: