Tuesday, October 19, 2010

LAMA SEPI

Maaf rakan dan taulan. Lama menyepi. Sibuk tidak seberapa, sekadar kebodohan diri mengurus masa, mengurus diri sendiri. Entah bila nak lulus ujian 'time-bomb' yang Allah tentukan kepada makhluk-Nya.

Banyak perkara yang boleh dibicarakan;

1. Buget 2011 yang dibentangkan DS Najib Jumaat lalu; nampak banyak gula dan madu yang dihulurkan kepada rakyat. Terima kasih Najib, hanya diharapkan buget itu benar-benar sampai ke golongan sasaran, kerana kelemahan pengurusan kita ialah ia selalu tersangkut di atas-atas sana, hingga sasaran seperti itulah juga.

2. Buget itu juga meluluskan cuti 90 hari kepada ibu bersalin. Terima kasih. Secara peribadi saya tidak gemar dan tidak suka dengan cuti yang panjang seperti itu. Ia menghilangkan dan menurunkan produktiviti staf awam, baik guru mahupun apa jawatan sekalipun. Bayangkan tiga bulan guru atau pensyarah yang 'mahir dan pakar' dalam bidangnya, tetapi cuti bersalin begitu sahaja. Datanglah pengganti sementara yang tentunya kemahiran dan keupayaannya tidak setanding dengan mereka yang berpengalaman. Cuti dua bulan itupun kira sudh cukup baik untuk kelapangan seorang ibu dan kesihatan bayinya.

Saya cadangkan cuti ini dibenarkan kepada lebih daripada 5 orang anak sahaja seperti amalan hari ini. Ia menggalakkan produktiviti ibu dan umat bangsa sekaligus. Biarlah cuti 60 hari sahaja, tetapi dibenarkan kepada 6 - 7 anak kepada mereka yang berkemampuan. Amalan masa kini, anak yang lebih 5 orang, mereka terpaksa mengambil cuti separuh gaji atau tidak bergaji, sedangkan mereka melahirkan anak cuma!

3. Ramai rakan yang berangkat ke tanah suci; selamat berangkat dan kita doakan semoga semuanya sihat dan mendapat haji yang mabrur; khasnya kepada Puan Noraini Ismail, En Zamri Miskam, En Ghani Rahmat dan PUan Hasnah (TY), saudara mara saya dari kampung; Mak Lang Saodah, Mak Long Chah, Haji Husin Kak Puan dan ramai lagi.. Termasuklah saudara kita Sdr Hisyamul dari Riyadh.

4. Peperiksaan akhir UiTM akan bermula 25 Oktober ini, kepada semua anak-anak pelajar selamat menduduki peperiksaan akhir. pastikan anda mendapat 3.00 ke atas GPA kelak dan 'grad on time'.

5. Ain Hanani telah tamat PMR-nya, semoga berjaya..

6. Ahmad Afif akan menghadapi SPM-nya kelak. Abah doakan semoga Afif cemerlang dan selalu solat berjemaah, on time juga..

dan banyak lagi...

3 comments:

Zaza Hermosa said...

tulah.. saye rindu dengan tulisan ustaz kot.. hehe.. welcome back ustaz.. :)

Dziauddin said...

Salam ustaz,

Sedikit tambahan.

1. Cuti 90 hari adalah fleksibel, terpulang kepada individu sama ada mahu 60 atau 90 hari. Tidak wajib, cuma yang kekal adalah maksimum 300 hari sepanjang perkhidmatan. Maknanya jika individu memilih untuk 90 hari cuti setiap kelahiran, makanya hanya setakat 3 org anak sahaja. Kerajaan mmg bijak dalam hal ni. Hanya 90 hari diberi fokus tetapi bukannya 300 hari had maksimumnya.

2. Bajet bukannya buget. T.Kasih..:)

noor amirah bt ahmad said...

salam..
ustaz apa kata ustaz bahas dan hurai lebih byk lagi pandangan ustaz tentang budget 2011.. saya ada buat review sdikit tentang budget 2011.. ramai yang beri pendapat mengikut emosi.. bukan rasional... apa kata ustaz bagi pandangan ustaz pula.. =]
kebanyakan mahasiswa pula beri pandangan mengikut parti2 politik yang mereka 'pegang'..