Tuesday, November 23, 2010

BERCUTI DENGAN ABANG SANUSI

Dua hari selepas Aidil Adha, kami bercuti. Abang Sanusi dari Kedah datang menziarahi bersama keluarga. Datang dari Terengganu, melancong dan singgah ke Segamat (8 jam perjalanan dari KT sebenarnya). Syukur.. Alhamdulillah dan amat terharu atas kunjungan abang Sanusi, Ida dan anak-anaknya..

Serta merta anak-anak jadi 'ngam' dan puas bermain. Ibrahim dengan Akmal, Nuha dengan Kak Teh, dan yang lain dengan keremajaan masing-masing. Alahai, apa yang dapat kami tawarkan di Segamat, selain Jakel.. Itupun Maksu Ida tak malu-malu nak berbelanja.

Aleh-aleh kami ke Melaka dan tengok tempat sejarah A Farmosa dan Menara Taming Sari. Berpusing-pusing mencari Taman Herba untuk menaiki river cruse.. tak ketemui. Maaf, kami pun tidak mahir dengan jalan-jalan di Melaka.

Bermalam di Sungai Udang dan berpisah di awal pagi Isnin.

'Alaa, tak best la.. dah tak ada kawan.' komen anak-anak. Nuha sebik.

Anak-anak tidak mahu pulang dulu, tengok kartun dan beli buku-buku cerita.

No comments: