Ada beberapa pendapat ulama yang mengatakan ibadah korban hanya untuk mereka yang masih hidup. Mereka yang telah meninggal dunia, tidak lagi boleh dikorbankan kepada mereka. Alasannya kerana mereka tidak berdaya lagi, dan mereka tidaklah pula dapat menyaksikan titisan darah penyembelihan itu (sunat hukumnya kepada yang berkorban). Dan beberapa hujah lain.
Saya pun terkeliru juga. Bagaimana pula jika orang yang sudah mati itu kita ketahui dia belum pernah berkorban? Maklumlah orang dulu-dulu bukannya kaya, bukannya mudah nak buat korban, bukannya ada sistem kelompok seperti hari ini. Apakah habuan mereka tiada?
Saya bertanya Pak Teh (Tuan Guru Haji Ahmad, Kuala Nerang) mengenai hal ini. Katanya; boleh dan dibenarkan.. "Kena pasang niat"; katanya. Maksudnya kita memang berniat untuk berkorban kepada si fulan bin si fulan. Ia sama dengan kaedah tahlil atau baca Yasin yang kita hadiahkan pahalanya kepada mereka yang telah pergi.
Lega rasanya mendapat jawapan seperti ini. Konsepnya, kita mahu melakukan suatu kebaikan dan kebaikan itu kita serahkan kepada Allah yang menentukan berapa ganjaran pahala atau balasannya. Itu hak Allah. Hak kita ialah melakukan suatu kebaikan untuk ummah.
Selamat berkorban.
4 comments:
begitu rupanya, semua bergantung pd niat kita.
TQ, info yg amat berguna
yup..tq ustaz..saya dan family baru bercadang nak buat korban untuk arwah abah..:)
Salam Ustaz, mak saya pun pernah buat korban untuk arwah ayahnya yang telah meninggal dunia.
Mengikut pendapat yang masyhur dalam mazhab Shafi'e tidak harus dilakukan korban bagi pihak si mati kecuali si mati pernah mewasiatkannya. Namun ada di kalangan ulama Shafi'iyyah yang mengharuskannya seperti yang disebut oleh Imam al Nawawi rhm dalam Al Majmu', Imam Ibnu Hajar al Haitami dalam Tuhfah al Muhtaj dan juga al Khatib al Syarbini dalam Mughni al Muhtaj.
Mazhab Fiqh yang lain yakni mazhab Imam Malik, mazhab Imam Abu Hanifah dan mazhab Imam Ahmad mengharuskan kita melakukan ibadah korban bagi si mati. Wallah a'lam.
Post a Comment