Monday, December 20, 2010

BELANJA SEKOLAH ANAK-ANAK

Awal pagi minggu Puan Farah mengetuk pintu; diberikan kami sebuah kek sempena majlis perkahwinan anaknya sehari sebelumnya. Bukan itu sahaja, bunga telur dan ole-ole untuk anak-anak yang terlibat berkompang di rumahnya; sebakul turut diserahkan. Kami agihkan hadiah itu segera kepada anak-anak di sekitar TY.

Sempat pula ajak Atifi tanam pokok serdang yang telah pecah pasunya di tepi surau.

Sesudahnya, kami sekeluarga keluar, tak jauhpun.. bandar Segamat sahaja. Tujuannya untuk membeli baju sekolah anak-anak. Dalam hitungan, tidaklah sebanyak mana yang perlu dibeli, tetapi jangkaan tidak semestinya tepat.

Masuk ke kedai mamak muslim (Rejinah) si pelayannya layan tak layan sahaja. Kamipun beli sehelai baju Nuha sahaja (RM15) Itu sahaja dan kami berpindah ke kedai sebelah.

Di kedai sebelah kami habiskan RM300 untuk pakaian persekolahan. Belum cukup lagi, ke Jakel membelikan hadiah untuk rakan-rakan yang akan berkahwin. Habis RM150.

Kasut sekolah Atifi, Nuha, Ibrahim dan Zaim di Kedai L & P RM100

Ke Kedai Sakan baju si Sara, Zaim dan Atifi dan alatan itu ini; RM250.00

RM850 sehari habis. Saya puas dan rasa bertuah hari ini dapat berbelanja di kedai orang Islam. Hanya kedai kasutnya; entah muslim ke tidak, tetapi terdengar-dengar katanya kedai L & P tu muslim (converter?) wallhuaklam.

Balik ke rumah, Cikgu Sulaiman bagi pula ikan sungai yang telah siap disiang!

Saya cakap pada anak-anak; "Tengok ni, betapa besarnya nikmat Allah berikan kepada kita, walaupun kita ni banyak kelemahannya. Banyak yang tak sempurna. Bersyukurlah wahai anak-anakku.. Rezeki dan nikmat kita melimpah ruah."

1 comment:

Unknown said...

memang kita patut sama-sama menyokong produk orang islam. sebab utamanya kerana orang islam akan keluarkan zakat pendapatan. jadi duit atas belian kita tu pon akan dapat share zakat untuk tolong sesama muslim.