Tuesday, January 18, 2011

HARI DAN HARI INI

HARI DAN HARI INI adalah resam hidup yang direncamkan Allah kepada kita. Kita merancang dan cuba mencorak dan akhirnya itulah jadi akhirnya ketentuan Allah.

Semalam pada awal pagi saya menghadiri majlis perpisahan GPK 1 SMK Seri Kenangan (SUKSES), Cikgu Tn Hj Kadir Rajak yang berpindah ke SMK Tinggi Segamat. Selaku YDP, kita hadir mewakili ibu bapa dan menghargai jasa beliau selama setahun setengah di SMKSK. Cikgu ini pendiam orangnya, dan dia rajin mengendalikan program dan menjaga kebajikan guru.

Jam 9.00 pagi menghadiri meeting Ketua Bahagian dan mendapat maklum beberapa hal penting berlaku di sekitar UiTMJ. Oh ya, nampak jelas kita perlu menjaga kesihatan diri dalam apa keadaan sekalipun.

Petang saya masuk ke kelas dalam serba serbi kekurangan.

Jam 5.15 mesyuarat AJK PIBG SUKSES hingga jam 6.30 petang.

Malamnya, solat Magrib dan Isyak di surau seperti sokmo-sokmo. Berpeluang menziarahi ayahanda Ust Zaleha yang terbaring di katilnya. Sakit dan usia yang agak lanjut yang tentunya semangat untuk segera sembuh dan baik itu amat perlahan. Hanya kuusapkan beberapa kali dengan iringan doa semoga cepat sembuh.

Pulang ke rumah, ada syampul surat besar untuk Ain Hanani. Oh Subhanallah, Ain ditawarkan ke Tingkatan Empat di SBP terkenal di Seremban. Syukur yang tidak pernah kami menduga dan meminta sedemikian rupa. Shida pantas berkata; ...nikmat yang mana lagi hendak kita dustai...

Sejenak kami ke asrama SUKSES mencari Ain dan ternyata dia amat terharu. Ain kena banyak bersyukur, buat sujud syukur... Hanya satu pesanku; 'Sekolah baik tidak semestinya kita baik. Ain kena berusaha gigih untuk terus berjaya. Kami berpeluk erat.

No comments: