Friday, January 7, 2011

MD. IKRAM MAHADZIR (PENSYARAH BAHASA) YANG PERGI

KELMARIN berita sedih buat warga UiTM Johor atas pemergian mengejut pensyarah Bahasa Inggeris; Sdr Md Ikram. Dikhabarkan beliau bertugas dan sedang dalam masa pengajaran yang tiba-tiba jatuh. Walaupun sempat dibawa ke hospital, namun takdir Ilahi untuk menjemputnya pergi terlebih awal.

Saya katakan pada Shida, "Yang, bayangkan malam ini kita boleh tidur bersama-sama, tiba-tiba malam esok, abang terjaga berada dalam kubur; macama mana ya?

Ajal dan maut di tangan Tuhan, hanya diri ini yang tidak pernah mahu mengambil iktibar. Degil dan keras, begitu.

Ramai warga UiTM menzirahi dan menyembahyangi jenazah di Masjid Kuala Paya semalam termasuklah Pengarah kita. Semoga Allah merahmati tugas dan amalan si arwah sepanjang hayatnya. Kepada pelajar yang pernah belajar dengannya, hadiahkanlah al-Fatihah dan doa tulus anda.

2 comments:

Hanis Zalikha said...

:( Al-fatihah.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Innalillahi Wainna ilaihi raajiun

Allahyarham bekas pensyarah saya selama dua semester..semoga arwah ditempatkan dalam golongan para syuhada' dan anbia'..aminn...