Laluan Segamat-Gemas-Gemencheh telah ditenggelami air di beberapa kawasan paya dan laluan air. Kami bernasib baik kerana boleh meredahnya walaupun beberapa kenderaan tidak berani melaluinya. Dan kami selamat sampai ke Sekinchan jam 9 malam.
Banjir Segamat lebih dahsyat kali ini. Kampung Jawa (yang dipenuhi taman perumahan) habis tenggelam. Limpahan air hingga ke Shell di Jalan Genuang. Semua laluan ke Segamat tetutup. Laluan Gemas Segamat tertutup di Batu Lapan (limpahan Sungai Merlimau), laluan Jementah-Segamat terputus oleh jambatannya runtuh di Batu 8, Jalan Muar. Jalan Segamat-Johor Bahru tertutup seketika. Hanya jalan Seremban-Pilah-Bahau-Muadzam yang boleh dilalui ke sebelah sini Segamat.
Ramai mangsa banjir hingga mencecah 15 ribu orang. Rumah dan alatannya rosak teruk.
Surau Al-Muhajirin Taman Yayasan segera mengambil langkah menghulur bantuan. Pihak kami melalui mesyuarat tergempar bersetuju memasak makanan untuk diagihkan kepada mangsa di penempatan dan rumah-rumah mereka.
Alhamdulillah, inilah yang termampu kami bantu. Setiap hari 400 bungkusan nasi kami agihkan kepada mangsa. Ia terlalu kecil berbanding bencana yang mereka lalui.
(Kami pulang semula ke TY pada 2 Feb melalui laluan yang lebih jauh.. 1 Feb meeting TPJI di Shah Alam).
No comments:
Post a Comment