Wednesday, February 23, 2011

BERKONGSI TANDAS PESAKIT

Wad 4 - wad kelas 2 & kelas 3 - kami berkongsi tandas untuk pesakit. Tandas kencing terutamanya. Tandas kecil berupa tabung kencing tidaklah cukup untuk semua katil/ semua pesakit. Ia perlu dikongsi. Namun ada tendensi pesakit mengambilnya dan menyimpan sendiri di bawah katil masing-masing. Keadaan ini tentunya menyebabkan ia tidak cukup bagi kegunaan pesakit lain.

Adalah dicadangkan supaya pesakit berkenaan, terutamanya mereka yang punyai penjaga supaya memulangkan kembali botol berkenaan dengan mencucinya dengan baik di rak (bilik utiliti kotor) untuk digunakan oleh pesakit lain. Prosedur ini mungkin tidak dimaklumkan kepada pesakit oleh pihak hospital, dan ramai yang menggunanya sebagai kegunaan sendiri.

Pada saya; sendiri kencing, sendiri bersih dan sendiri simpan!

Ia sama juga dengan makanan; kalau mungkin prosedur tidak membenarkan pesakit masuk ke bilik pantri, sesekali jika penjaga mahu membasuh bekas makanan, saya kira ia amalan yang baik. Maksudnya, sendiri makan sendiri basuh seperti yang kita amalkan dalam rumah kita. Mengharapkan semua perkara kepada staf hospital, amatlah membebankan mereka. Bantulah sedikit sebanyak untuk meringankan tugas staf hospital yang tiada hentinya.

Apa macam, OK tak cadangan ini?

1 comment:

noor amirah bt ahmad said...

assalamualaikum ust.. =]
alhamdulillah keadaan ank ust semakin baik.. semoga afif cepat sembuh!

saye setuju dgn cadangan ust.. kadang2 kita merungut dengan layanan dan servis oleh kakitangan hospital.. tapi make sense lah kan, kalau kita pun dah terlalu banyak kerja.. mahu tak mahu.. mesti ada perkara yang tak mampu kt lakukan dengan performance yang terbaik..

jadi teori yang ust katakan itu walaupun tak dpt tlg mereka secara total.. tp sekurang2nya buat kakitangan rasa lega.. satu bekas dah bersih dicuci.. =]