Berita Afif telah keluar wad segera tersebar. Saya maklumkan kepada Cikgu Elyana (TGB), En Ghani TY, rakan gerai buah Afif dan saudara mara.
Solat Jumaat di Masjid Sultan Ibrahim tenang dan sejuk. Anak-anak muda (Maahad Muar) mencatatkan isi kandungan khutbah. Teringat saya pada zaman KIK (KISAS) dulu yang coretan hadis saya terlalu banyak di dalam buku catatan khas. Buku itu akan disemak oleh abang-abang naqib. Saya rajin menyalin termasuklah semua ceramah yang diikuti. Ia menjadi satu rekod kenangan dan ingatan abadi akan ilmu dan amalan yang kita lakukan sepanjang tarbiah yang dilalui.
Makan nasi asam pedas Muar menjadi kegemaran saya.
Wad 4, Afif sudah terjaga. Dibenarkan minum air sejuk. Saya iringinya dengan selawat syifa. Jam 4 dia dibawa untuk x-ray di bahagian yang dibedah. Ustaz Nazarudin dan isterinya (Cikgu Norazlina ??) tiba. Cikgu Suriana, Cikgu Ina dan Cikgu Alia (MRSM TGB), dan rombongan CITU - saya kata kumpulan nasyid, yang berpakaian seragam (sambutan Maulid UiTMJ hari ini, kebetulannya) juga tiba serentak diketuai Ustazah Norizan, Ust Emy Silviana, Ust Aishah dan Ustazah Munirah. Kami menunggu di Bilik X-Ray beramai-ramai sehinggalah Afif di bawa keluar ke atas.
Jam 4.30 Afif di wad 4 dan menerima kunjungan rakan-rakan yang amat mengharukan. Ya Allah, terima kasih kerana Kau lunakkan hati kami dengan rahmat dan kasih sayang-Mu untuk kami saling memahami pada saat dan ketika ini. Ya Allah, ampunilah kami, berkatilah kami, jadilah kami insan yang saling berkasih sayang semata-mata kerana-Mu.
Melihatkan cikgu-cikgunya datang, Afif lantas berseloroh. Say hai...
Pak Long (Hj Abdullah Bumbum), Pak Syeikh (Ust Suhaimi Harun) dan Cikgu Arif pun tiba. Ditemani pula Kak Endok dan Puan Zura (dan anak-anak, Mira..). Terima kasih Kak Endok yang bersusah payah memandu sejauh ini hanya kerana kasih sayang kita jua. Ya Allah bertuahnya kami memiliki mereka yang sebaik ini. Tambahkan iman kami Ya Allah. Kami sayang saudara mara dan sahabat kami.
Cikgu Norashikin dan isterinya, Cikgu Fa'izah dengan anak-anak dan Shida ditemani Ibrahim dan Nuha pun tiba. Wad 4 dipenuhi rakan-rakan kami. Pun begitu Cikgu Zinaldin bersama isteri dan anaknya Zaki yang juga rakan Afif; Ah Chai dan ? memberi cahaya gembira di wajah Afif.
Brother Anuar IKRAM Muar datang lagi menjengah. Sempat saya berbisik untuk menumpakan isteri dan anak-anak di rumahnya pada malam ini. Dia gembira. Sejak kali pertama lagi, dia ajak kami menumpang di rumahnya di Jalan Sulaiman Muar.
Kang Talib tiba bersama Zaim dan Atifi dan anaknya, Muhaimin. Mereka adalah saudara saya di TY. Sehingga jam 7 rakan-rakan beransur pulang. Mereka amat mengharukan kami. Kang Talib membawa pulang Ibrahim, Atifi dan Zaim. Nuha dan Sara menemani Shida yang menumpang di rumah Anuar.
No comments:
Post a Comment