Wednesday, April 27, 2011

KERUSI YANG KAMI PULANGKAN


KERUSI RODA yang kami gunakan untuk Afif dalam tempoh rawatannya; hampir dua bulan kami pulangkan kembali. Haji Toha dan Ustazah Zaleha orang yang 'mewakafkan' penggunaan kerusi roda kepada kami.

Di rumahnya ada mesin urut (gegaran ultra) yang diberiguna kepada rakan-rakan jemaah surau. Percuma.

Soal persahabatan, ketulusan hati dan nilai takwa itu terlebih tinggi untuk dinilai dengan wang ringgit. Dalam keadaan ini, jika saya hulurkan wang ringgit kepadanya (untuk membalas budi), tentu ia terlalu janggal, seolah tidak faham dan tidak mahu menghargai ketulusan seorang sahabat. Betul begitu.

Dunia ini bukan hanya dipenuhi wang ringgit semata, tetapi jauh lebih daripada itu yang perlu diambil kira. Tidak semua keadaan orang mengharapkan balasan berbentuk 'benda', tetapi cukup dengan ketulusan dia menghulur dan ketulusan kita menghargainya.

Subhanallah.

No comments: