Wednesday, May 4, 2011

NORANIZA IDRIS - TATIHSENI


Apabila berkunjung ke negara luar, kita terpegun dengan budaya yang mereka jaga. China antara negara tertua memiliki tamadun, kaya dengan seni budaya yang dipertahankan. Ia secara jelas menggambarkan imej dan identiti negara bangsa pada pakaian, pemakanan, seni binaan, tulisan dan seni persembahan. Mengkagumi warisan seni yang berjaya mereka pertahankan, terasa jati diri Melayu-Islam semakin jauh dan terpencil.

(Semasa pameran buku di PWTC, saya belikan sebuah khat bercorak China dengan tulisan ayat-ayat Quran yang indah dan halus berseni)

Seni dan budaya Melayu juga banyak. Unik dan tersendiri. Ia berprinsip pada kesopanan dan kesantunan bangsa yang melambangkan nilai budi orang Melayu itu sendiri.

Pertemuan dengan penggiat seni budaya bangsa; Puan Noraniza Idris suatu yang kebetulan dan bermanfaat. Kami gagaskan untuk membuat penyelidikan dan pendokumentasian sebahagian kecil seni budaya Melayu melalui organisasi Tatihseni yang dinaunginya.

Hari ini pertemuan ini diharap menjadi kenyataan dan membuahkan hasil yang baik.

No comments: