Tuesday, May 3, 2011

PESTA BUKU PWTC

TIGA kali saya berkunjung ke pesta buku kali ini. Kali pertama atas urusan pembelian buku universiti; urusan rasmi. Kali ke dua pula ada pertemuan dengan SU Kerja UMNO di Menara Dato Onn, dan kesempatan itu dimanfaatkan untuk melihat buku-buku pameran. Kali ketiga pada 30 April untuk melihat pelancaran buku Prof MKI dan Puan Roza.

Kali ketiga terlalu ramai pengunjungnya. Nampak orang, tidak nampak buku.

Si Ibrahim sampai ke sudah merungut; kenapa tidak dibelikan bukunya dan kenapa dia tidak dapat belon?

Alhamdulillah, realitinya orang Malaysia sudah rajin baca buku. Orang kita sudah suka baca buku. Booth PTS dan Ana Muslim tidak boleh dimasuk, terlalu padat. Kami akhirnya berangkat pulang awal..

Pulang bercuti sempena Hari Pekerja di Sekinchan.

No comments: