Dia rakan sebilik saya semasa tahun 1 di UKM Bangi dahulu (1986), di Kamsis Rahim Kajai. Dia masuk U setelah berjawatan guru dan tentunya lebih banyak pengalaman daripada saya.
Kami terpisah langsung setelah tamat belajar, malah semasa belajar di UKM dahulupun, jarang-jarang dapat bertemu Cikgu Kasim di FSKK ini..
Entah bagaimana ketika menghadiri kenduri kahwin kawan di Gemas, kami bertemu kembali. Masih kenal dan masih seperti dulu. Dia bertugas di SMK Jelai.
Malam tadi dia datang berkunjung ke rumah bersama isteri (Kak Nab) dan anak bungsunya. Cerita punya cerita; dia ada hubungan kekeluargaan dengan Cikgu Naim; cikgu di SMK Seri Kenangan, sekali dengan Shida. Sambung lagi cerita; adik Kak Nab tu adalah Puan Azizah isterinya uncle Isa di Taman Sri Kenangan; yang memang kami kenal rapat..
Rupa-rupanya dunia ini kecil.
1 comment:
oh ustaz dulu kat rahim kajai ? saya selalu kat belakang kajai tu, kolej dato onn. hehe
Post a Comment