Tuesday, October 11, 2011

SIAPA YANG SOLAT BERJEMAAH DI IJOK

Malam itu kami singgah solat Magrib/Isyak di masjid kecil tepian jalan di IJOK. Masjidnya memang kecil dan cantik. Kecil kerana tiada ramai orang Islam di sekitarnya berbanding orang India/Hindu.

Kelihatan jemaah tabgligh berbayan di dalam masjid selepas Maghrib. Saya gunakan sandal getah (jenis bertutup) untuk ke tandas. Ketika mengambil wuduk, kelihatan di ibu jari kaki kotoran selut terpalit... Oh.. palitan selut dari sandal getah yang saya pakai.

Hati tersentuh amat. Rupanya orang yang berjemaah di sini kalangan mereka yang bekerja kebun atau golongan bawahan sahaja. Bayangkan seliparnya pun berselut hingga ke bahagian ibu jari.... itulah jemaahnya yang berjemaah.

Solat saya jadi sayu dan hiba. YA Allah berikah kekuatan kepada jemaah ini untuk terus mengimarahkan rumah-Mu ini....

Alhamdulillah dalam masjid kecil seperti ini, masih ada manusia yang sudi beribadah. dan mereka berbicara tentang solat berjemaah, tentang fardu Asar yang tidak ramai pengunjung...

Siapalah kita di sisi Tuhan?

3 comments:

Anonymous said...

subhanallah

Sharifah Aliman said...

Orang2 begitu yg lebih bersyukur berbanding dgn kita.

Ustaz dtg Ijok..napa tak singgah rumah kami di Puncak Alam?

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Insya-Allah, jika ada kelapangan n terima kasih