Monday, June 18, 2012

PIZZA HUT.. YANG HOT

Anak-anak mengajak ummi dan abahnya makan di Pizza Hut Segamat. Hari Bapa; kata mereka. Saya memang tidak berminat untuk masuk dan makan di Pizza Hut. Pengalaman pahit lalu memang perit untuk mengatakan 'ia' pada mana-mana premis Pizza Hut.

LAMBAT dan LEMBAB.

Kami masuk jam 5.40. Tunggu meja untuk dibersihkan sudah 10 minit. Tunggu mengambil order lagi 15 minit. 20 minit berikutnya baharulah muncul air minuman dan sup cendawan. Makan itu sahaja sehingga sejam berikutnya, tidak juga muncul hidangan yang diminta.

Akhirnya marah dan kesal, kami keluar jam 6.45 ketika mengejar waktu Maghrib di surau. Satu jam yang kami bazirkan di Pizza Hut.

Cukuplah kali terakhir saya masuk ke Pizza Hut...

Kisah yang sama kami lalui tahun lalu... Benci, nyampah...

No comments: