Monday, October 26, 2015

FANTASI DAN REALITI

Antara angan-angan dan realiti tidak sama.

Pernahkan anda lalui situasi seperti ini?

1. Dalam perjalanan pulang ke rumah, anda berangan menemui isteri dengan peluk cium dan ucapkan penghargaan terima kasih selama anda berpergian. Anda bayangkan akan memeluk erat isteri anda dan melahirkan rasa kasih dan sayang tidak terhingga. Dan anda berangan untuk membawanya keluar makan lewat hari itu.

Setibanya di rumah, isteri anda tiada. Tunggu hampir sejam juga belum muncul. Telefon handset-nya, tiada berjawab, bateri mati barangkali... Dan hanya selepas itu baharulah isteri anda muncul...

Maka angan-angan tadi suram dan bertukar menjadi duka dan mencuka.

2. Ketika menjemput anak pulang dari sekolah jam 1.30 petang, anda berhasrat membawanya ke kedai makan mengenangkan kepenatan dia bersekolah dan anda sendiri belum makan tengah hari lagi. Setiba di sekolah anak anda tidak muncul. Sejam berikutnya baharu anda menemuinya bermain komputer di bilik bacaan sekolah.

Angan-angan anda musnah. Suka bertukar duka.

Realitinya, sebegitu. Tidak semua angan-angan baik yang kita rancang akan menjadi realiti yang indah. Malah ada yang lebih tragis apabila menterjemahkan realiti daripada fantasi.

(Kembali menulis di BLOG setelah FB kelihatan lebih banyak info dan melekakan)

1 comment:

agbr said...

Tahniah Ustas. Idea kreatif Ustas amat-amat kami hargai. FB dah mula bercelaru. Pemimpin2 besar juga dah tak konsisten dengan falsafah yang mereka create sendiri. Maklumat agama pun dah tak boleh rujuk kat FB lagi. Semuanya bercelaru. A kata B tak patut buat begitu. Tang kena dia, A macam tu juga.

Elok Ustas sampaikan dakwah yang ringgan. Rupanya masih ramai yang perlukan bimbangan agama yang berpokok kepada asas.Mereka tak perlukan hujah berat. Mereka cuma nak tahu ya atau tidak. Besar pahla Ustas melepaskan bebanan yang mereka tanggung atas persoalan-persoalan yang mereka hadapi.

Bila semua dah naik keatas, siapa yang nak jaga dibawah?

Saya amat tertarik di isu-isu yang Ustas bawa dalam blog kebelakangan ini. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan.