Wednesday, March 23, 2016

GERHANA DALAM DIRI

Gerhana berlaku lagi. Kali ini gerhana bulan pada 23 Mac 2016 bermula jam 7.21 malam. Khutbah apa yang hendak disampaikan, bukankah baharu sahaja gerhana matahari berlak pada 6 Mac lalu?

Allah membuka ruang seluasnya untuk saya menekankan aspek kiamat dan kematian. Ia sentuhan yang sungguh indah untuk diri ini dan untuk rakan jemaah. Allah memudahkan semudah-mudahnya saya membuka tafsir surah Al-Qiyamah sebagai lagang utama berkhutbah.

Mahu saya bawa sebuah keretapi besar untuk membawa rakan-rakan jemaah dan ahli keluarga semua merentasi padang mahsyar yang dahsyat menyeberangi Titian Sirat untuk masuk terus ke dalam syurga! Itulah harapan kami, jika itulah yang dapat kami lakukan di mahsyar kelak?

Adakah termungkin sedemikian terjadi?

Kami mahu masuk ke syurga Allah beramai-ramai, bergerombolan gerombolan dengan jemaah kami dan ahli keluarga kami. Kami mahu sangat-sangat semuanya kami ini selamat ke syurga, terhindar dan terlindung daripada azab mahsyar, azab mizan, azab titian sirat dan jauh sekali mencecah sedetik pun ke dalam neraka. Kami hanya mahu ke syurga Allah yang maha luas. Itulah kehendak dan harapan kami.

Jom kita AMIN sama-sama.

No comments: