Sunday, January 22, 2017

KESILAPAN KECIL SOLAT DI MASJID

Perhatikan beberapa kesilapan kecil yang kita lakukan ketika solat di masjid:

1. Solat sunat (atau solat wajib) di pintu masuk masjid atau laluan jemaah ke tandas: Solat di sini menyebabkan anda mengganggu laluan orang ramai, dan ia perlu dielakkan sama sekali. Pilihlah lokasi solat  yang tidak menghalang laluan orang ramai seperti di sebalik tiang atau membelakangi laluan orang ramai. Elakkan solat di pintu keluar masuk masjid.

2. Ketika anda sampai lewat ke masjid, masih mahu solat sunat qabliyah. Ia tidak sesuai kerana jemaah sudah bersedia untuk solat dan anda akan tergesa-gesa solat sunatnya.

3. Membuat saf ke dua atau ke tiga, sedangkan saf di hadapan masih lagi kosong. Isikan dahulu saf di hadapan anda. Usah biarkan saf di hadapan kosong

4. Memberi laluan kepada orang lain memenuhi saf hadapan. Ini tindakan yang salah. Sepatutnya saf yang kosong di hadapan itu dipenuhkan oleh ANDA sendiri kerana saf pertama adalah lebih baik berbanding saf kedua dan seterusnya. Rebutlah sedikit pahala yang kita tidak tahu berapa nilainya di sisi Allah, kenapa membiarkan orang lain mengisi saf hadapan sedangkan anda punyai peluang yang sama.

5. Memilih untuk solat bersendirian (pada solat fardu) sedangkan ada orang lain yang sedang solat dan boleh dijadikannya sebagai imam. Ini satu lagi kesilapan besar orang kita. Mereka lebih suka solat bersendirian walaupun telah datang ke masjid. Seeloknya carilah seseorang yang sedang solat, dan solatlah berjemaah dengannya. Kita membantu dia mendapat pahala berjemaah dan kita juga mendapat pahala berjemaah. Hal ini dikecualikan bagi mereka yang solat qasar bersendirian.

6. Datang lewat ketika jemaah telah memberi salam lalu dia pun masuk ke dalam saf solat dan solat bersama jemaah yang masbuk.. sekadar takbir dan solat dalam saf terakhir tu, tanpa berimam. Bukankah rugi namanya, kenapa tidak berimamkan mereka yang masbuk itu?

7. Bertakbir terlalu kuat sedangkan anda adalah makmum. Menjadi makmun tidak perlu bertakbir secara kuat dan nyaring. Ia mengganggu jemaah lain dan tidak sesuai sama sekali bertakbir seperti ini. Apa, nak solat pun nak tunjuk kat orang juga ke.. yang aku ni datang ke masjid? hehe

Yang lain, boleh tambah kemudian. Kita nak solat je, bukan nak buat hal pun.

No comments: