Monday, June 19, 2017

NOTA KECIL AYAH 22



_____________________________________________________________________

MU'FI @ MUSTOFA 20 DUIT DERMA SIMPAN KE MEKAH

PADA TAHUN 73 (tulisan berdakwat pen)

  25                                16.00
  20                                20.00
  40                                15.00
  30                                20.00
250                                10.00
  20                                22.00
  00                                103.00
  50                                 16.
  50                                 20.
  30

(*BOLD pada kalimah yang tidak jelas atau diragui)
_________________________________________________________________

Ulasan:

Pada tahun 73, Ayah senaraikan kos yang dikeluarkan atas urusan tertentu. Penulis mengandaikan ia adalah perbelanjaan pengajian Abang Mustofa, namun ia satu hipotesis semata-mata. Untuk mengatakan ia adalah catatan dapatan atau hasilan pendapatan, mungkin sukar ditelah. Hasilan biasa yang Ayah dapat ialah penjualan getah yang diusahakan oleh Mat Akhir, dan penulis tidak menjangkakan sejumlah itu hasilan pada setiap kali jualan. Jumlahnya agak tinggi.

Ayah ada mencampurkan jumlah pada lajur pertama dengan jumlah 103.00 dan kiraannya adalah tepat.

Pada kolum kedua Ayah catatkan 'duit derma simpanan ke Mekah'. Penulis tidak pasti sama ada Ayah membuat tabungan sendiri ataupun orang lain yang menyimpan kepada Abah sebagai pemegang amanah. Pada ketika itu, warga setempat menjadikan Tok Guru sebagai pemegang amanah untuk simpanan kematian mahupun simpanan haji. Pak Teh dan Ayah menjadi kepercayaan masyarakat untuk mereka menyimpan. Jika penama lain, kenapa Ayah tidak nyatakan nama penyimpannya?

Perlu diteliti semula pada kalimah SIMPANAN kerana kebarangkalian ia adalah nama penama tertentu. Jumlah yang tercatat ialah sebanyak 535, tidak termasuk angka yang BOLD kerana ia tidak jelas.

Perkara yang penting di sini ialah Ayah memadamkan angka yang ditulis pada kolum kedua. Kenapa Ayah memadam dengan mencontengnya? Barangkali perkara ini telah diselesaikan urusannya oleh Ayah dan Ayah merasakan ia tidak perlu lagi dilihat. Tendensi ini didapati pada beberapa catatan lain yang sengaja Ayah memadamkannya walaupun kita masih boleh membaca secara rawak.

Pada halaman ini amat menarik sekali kerana adanya tercatat tanda tangan Ayah. Inilah tanda tangan yang selalu kami tiru bagi menandatangani Buku Laporan Sekolah (report card) apabila keputusan peperiksaan penggalnya kurang baik. Jika dapat nombor satu, nombor dua atau tiga, kami minta Ayah yang tanda tangan. Tapi bila nombornya besar, corot maka kami meniru tanda tangan Ayah. Maafkan kami Ayah...

Tanda tangan bertulisan jawi menggabungkan perkataan 'haji ya'kob' dengan sedikit lenggokan pada hujungnya seakan tanda alif.

No comments: