Monday, July 3, 2017

NOTA KECIL AYAH 24



____________________________________________________________________

ORANG SIK

HASAN BIN AHMAD PEJABAT
PENDAFTAR RUMAH NO 26 JALAN
MASJID ROAD KAWASAN MELAYU
PETANDING JAYA KUALA LUMPUR
-----------------------------------------------------

Petikan ayat Surah Luqman, ayat 16

PADA SURAH LUQMAN NOMBOR 374
 (HINGGA AKHIR) TAJUL MULUK 132
BACA AYAT INI 119 KALI

HARTA HILANG


_____________________________________________________________________

Ulasan:

Catatan penama HASAN BIN AHMAD, ORANG SIK telah ada pada laman sebelum ini. (Rujuk Nota Kecil Ayah 20). Ini kali kedua Ayah mencatatkan penama berkenaan. Mungkin ada kegunaan tersendiri Ayah catatkan penama berkenaan yang tinggal di Petaling Jaya.


Petikan ayat 16 Surah Luqman telah ada sebelum ini, sila rujuk Nota Kecil Ayah Muka 5. Ayat ini dirujuk dalam al-Quran Ayah pada muka surat 374. (Al-Quran pada ketika itu tidak seragam seperti yang ada pada hari ini. Boleh dikaji naskah al-Quran mana yang Ayah guna, besar kebarangkaliannya Al-Quran al-Majid yang mudah didapati pada waktu itu).

Ayat ini dibaca sebanyak 119 kali sebagaimana dirujuk daripada kitab Tajul Muluk seperti yang Ayah catatkan. Ejaan Tajul Muluk itu agak unik dan tersendiri.



No comments: