Monday, July 3, 2017

NOTA KECIL AYAH 28

______________________________________________________________________

BIRI-BIRI BERANAK PADA 10 - 3 - 75


HAJI ABDUL RAHMAN IDRIS ALUR MERAH
SYEIKH JAMAL RAWA

UBAT LELAH

MINYAK KIBAS DAN LADA HITAM
DAN
________________________________________________________________________

Ulasan:

Ayah orang pertama yang memelihara kambing bebiri di kampung kami. Ayah ambil bakanya dari Kampung Teluk Musang seorang kawan yang ada hubungan kekeluargaan juga. Kandang bebiri di bawah jelapang padi di luar pagar rumah berhampiran Balaisah. Bebiri membiak dalam 10 - 12 ekor dan selalunya Ayah jual untuk akikah atau untuk majlis tertentu.

Catatan ini mungkin kali pertama bebiri beranak pada tahun 1975.

Nama dua tokoh berkenaan tidak dipastikan siapa, cumanya penama Syeikh Jamal Rawa begitu popular pada sebutan Ayah kerana dia yang menguruskan jemaah haji pada ketika itu.

Catatan ubat lelah. Perhatikan tulisan jawi Ayah, ejaan lelah diconteng dua kali kerana ejaan 'lelah' adalah sama dengan ejaan 'Lillah' (kerana Allah). Lalu Ayah mengeja dengan tulisan jawi yang berbunyi 'lah lah' bagi mengelakkan kesamaran dengan kalimah Allah.

Ubat lelah yang dicadangkan ialah minyak kibas dengan lada hitam. Sayangnya catatan ini tidak sempurna, ada yang tertinggal.... DAN...?





No comments: