Sunday, October 22, 2017

DABONG: AMAN DAMAI DI SEBALIK MUSIBAH


Dabong sebuah pekan kecil di daerah Kuala Krai, Kelantan sebuah desa tersusun lagi aman damai dikelilingi bukit dan pergunungan, sungai dan perhutanan kekal yang sungguh indah untuk dilawati. Ia lebih mudah dihubungi melalui jalan keretapi, berbanding bas atau teksi.






Perjalanan dari Gemas bermula jam 11.15 malam dan tiba di Dabung sekitar jam 8.00 pagi, berdepan dengan lidungan alam semulajadi yang menghijau sepanjang perjalanan.


Anak-anak sekolah SMK Dabong menjalani aktiviti sukan di pagi hari.


Nasi pulut berintikan kelapa sebagai sarapan pagi yang enak.


Masjid Jemaluang antara masjid besar di perjalanan Jeli- Dabong. Jemaluang adalah lokasi permulaan pendakian ke puncak Gunung Baha, Ayam dan Stong.


Air terjun Jemaluang antara yang tertinggi (terjunanan airnya) di Malaysia

 Masjid Dabong dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, cctv, buku rujukan yang terbaik, jadual kuliah yang teratur, dan jemaah yang ramai. Jemaah Maghrib dianggarkan lebih 60 orang, Subuh dalam 40 orang.
 Gendang lama yang masih berfungsi. CUma ia dikunci dipermukaannya supaya ia tidak dibuat barang mainan oleh anak-anak.

 Dabong dilenkapi dengan mesin ATM, Bank Islam bersebelahan Pasar Besar Dabong.

Makan nasi berlauk, nasi gulai ayam dengan harga RM3.50


Encik Adnan yang bertugas lebih 30 tahun dengan KTM menjadi penunggu setia Stesyen Keretapi Dabong. Ungkapan sejarah pembinaan lalaun keretapi pada tahun 1920an adalah tajuk menarik untuk dikupas. British sanggup mengeluarkan kos yang tinggi demi mendapatkan bijih besi dan emas dengan memperkudakan rakyat Tanah Melayu sebagai buruh dan kuli.

Rumah persinggahan (home stay Rose) yang menjadi tempat paling ideal untuk pelawat menginap.

Perkampungan ini tersusun padat dengan lot tanah yang tersendiri dan deretan rumah tersusun rapi memudahkan pejalan kaki mahupun berkenderaan mengelilingi kampung. 
 Majlis Daerah Dabong berperanan sebagai pusat sehenti pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan Pusat.


 Kedai roti canai yang terkenal di Dabong, enak dan sedap roti canai yang disediakan.
 Sebuah perpustakaan awam disediakan, walaupun hari ini pengunjung ke perpustakaan semakin berkurangan.
 Pejabat Penggawa (Penghulu) bersebelahan kedai runcit.
 Asrama pelajar SMK Dabong turut disediakan sebagai kemudahan kepada pelajar yang datang dari jauh.





Pejabat kesihatan Dabong yang mengendalikan kes kecemasan dan rawatan pesakit luar. Rawatan ibu bersalin juga disediakan di sini.

 Inilah stesyen keretapi Dabong, aman dan tenang, harmoni dengan alam dan manusianya.
 Barangan kiriman ke Kuala Krai mahupun ke lokasi lain yang dituju..



SMK Dabong







Pasar Besar Dabong, di sebelahnya ada kedai makan yang enak lagi murah.

 Masjid Dabong dari berbagai sudut








 Mimbar Masjid Dabong yang unik dan tersendiri.


Buah beka yang biasa kelihatan di Dabong dan di kawasan perkampungan
 Landmark Dabong indah tersergam di persimpangan Dabong, Kuala Krai dan Jeli






 Sungai Dabong yang dalam dan pekat. Kelihatan mesin pengaut pasir di tengah sungai Dabong




 SMK Dabong. Semasa banjir 2014, air menenggelamkan sekolah ini hingga ke tingkat dua. Ini bererti perkampungan Dabong habis ditenggelami air pada tragedi berkenaan.


 Adik Faiz yang sudi membawa aku berjalan meninjau perkampungan ini




 Gelora Sungai ini sukar hendak diramal
 Taman permainan yang menghimpunkan anak-anak muda bermain sepak takraw, bola dan taman permainan kecil.

 Markas PAS tersergam indah, hanya ia kurang diselenggara.
 Surau Dabong yang terletak di sebelah sana berhampiran balai polis.


 Makam yang kekal abadi.. jalan terakhir seorang hamba Tuhan.

Kompleks kedai yang indah dan cantik

 Pokok beka
 Gunung Ayam dan Stong kelihatan dari perkampungan Dabong.
Suria senja dari sudut pandangan kami..

1 comment:

Mawi~Maria said...

Sebagai anak jati Kg Dabong sy merasa bangga dan seronok bila terjumpa blog berkaitan dengan kg Dabong, terima kasih.