Tuesday, October 31, 2017

GUNUNG DATUK REMBAU


Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan antara gunung yang rendah dan sesuai untuk mereka yang mula mendaki. Ia boleh dihabiskan sehari, bermula 9 pagi dan tiba di puncak pada jam 11.30 pagi. Turun semula dan sampai ke bawah sekitar jam 3 petang. 24 September 2016 bersama Kelab Kembara Alam UiTM Johor.

Bekalan air amat perlu dengan cuaca panas dan tiada sumber air di sepanjang trek. Sebenarnya ada lokasi air terjun tetapi laluannya ditutup. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu mencarinya.




Pendakian awal bermula dengan agak curam dan menyukarkan. Setelah melepasi halangan awal ini, anda akan lebih senang dan rehat pada pendakian yang agak landai. Landai pun ia tetap mendaki.

Selepas Check Point pertama, laluan pendakian agak mudah. Enjoy.


 Sarang kelulut hutan.






Laluan bertangga untuk ke puncak Gunung Datuk. Pemandangan di sini sungguh luar biasa. Cantik dan menarik dengan kawasan sekitar boleh dilihat dengan jelas pada 360 darjah pemandangan anda.



























Terdapat gua kecil di bawah sini yang boleh dilawati. Kena eksplore sendiri mahu cari kelaian dalam meneroka alam. cubalah.


Rakan pendakian kami dari UiTM Johor. Tahniah geng..


Seorang rakan kami En Bob (140kg) turut sama mendaki dan anda boleh bayangkan bagaimana peritnya dia hendak sampai ke puncak, dan bagaimana peritnya dia hendak turun. Tapi itu semua cebisan pengalaman menarik yang kami lalui.

No comments: